Bila siTua menggatal....... -
Bila siTua menggatal....... merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Bila siTua menggatal.......
George Bush mohon maaf atas tuduhan meraba
27 Oct 2017, 4:13 pm
Jurucakap kepada George W Bush mengeluarkan satu lagi kenyataan maaf selepas aktres kedua tampil membuat pendedahan ke atas bekas presiden Amerika Syarikat itu atas dakwaan mencabul.
Menerusi status yang kini telah dipadam, pelakon Heather Lind mendakwa Bush, 93 menyerang secara seksual ketika sesi bergambar pada 2014.
"Bekas presiden Bush tidak akan dalam keadaan apapun - sengaja menimbulkan kesulitan kepada sesiapa, dan dia dengan tulus meminta maaf jika gurauannya telah menyinggung Lind,” kata Bush dalam kenyataan itu.
Heather berkata, Bush merabanya dua kali dari belakang ketika bekas presiden duduk di atas kerusi roda sambil mengeluarkan jenaka lucah.
Kejadian terbabit berlaku ketika isteri Bush, Barbara berada di sebelahnya.
Wanita kedua yang merupakan seorang pelakon pentas, Jordana Grolnick berkata senario sama berlaku ke atasnya pada 2016 apabila dia bergambar bersama Bush semasa menjalani produksi Hunchback of Notre-Dame di Maine, AS.
“Para pelakon mengelilingi beliau dan Barbara untuk sesi bergambar dan ketika itu saya berada betul-betul di sebelahnya,” kata Jordana.
Kata Jordana, ketika mereka sedia mengukir senyuman untuk sesi gambar berkenaan Bush mengajukan satu soalan : “Kamu mahu tahu siapakah ahli silap mata kegemaran saya?”
“Sewaktu saya berasakan ada tangan sedang meraba-raba punggung, pada ketika itulah juga beliau menjawab “David Cop-a-Feel!,” katanya.
Jordana mendakwa Barbara turut berkata-kata mengenai sesuatu hingga semua yang berada di situ turut ketawa beramai-ramai: “Dia akan menyebabkan dirinya dimasukkan ke penjara.”
Dalam pada itu, jurucakap berkenaan turut menghuraikan lebih panjang mengenai pergerakan Bush yang terbatas pada usianya.
"Pada umur 93 tahun, bekas presiden Bush berada di kerusi roda selama kira-kira lima tahun, jadi lengannya separas pinggang dengan sesiapa yang bergambar dengannya,"
"Untuk buatkan seseorang berasa selesa, bekas presiden kerap menceritakan jenaka yang sama - dan kadang-kadang, dia menepuk belakang wanita dengan cara yang neutral.
"Ada yang lihatnya tak salah; yang lain melihatnya sebagai tak sesuai. Kepada sesiapa yang telah tersinggung, Presiden Bush minta maaf dengan tulus ikhlas," kata jurucakap itu. - sumber asal

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "Bila siTua menggatal......."