BARCELONA, 8 Safar 1439H, Sabtu – Parlimen Catalonia berjaya mendapat undi majoriti sekali gus mengisytiharkan wilayah itu merdeka dari Sepanyol dan menjadi sebuah republik.
Keputusan itu dibuat melalui undian yang menyaksikan 70 ahli parlimen bersetuju, 10 menentangan usul manakala dua lagi berkecuali.
Membantah pengisytiharaan itu, Sepanyol berkata negara itu masih berkuasa ke atas Catalonia dan pentadbir Catalonia perlu tunduk dengan pemerintahan Sepanyol.
Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dalam satu kenyataan sejurus selepas pengumuman itu, menggesa rakyat supaya kekal bertenang dan berjanji akan mengembalikan undang-undang di Catalonia.
Dalam masa yang sama Rajoy dijangka mengadakan mesyuarat Kabinet bagi membincangkan langkah pertama mentadbir Catalonia.
Ini bakal menyaksikan pemecatan kerajaan Barcelona dan pengawasan terus pasukan polis wilayah itu.
Kerajaan Catalonia sebelum ini mengumumkan 90 peratus pengundi dalam referendum kemerdekaan mereka telah mengundi mahu merdeka dari Sepanyol.
Kerajaan pusat Sepanyol bagaimanapun mengumumkan referendum tersebut tidak sah kerana melanggar Perlembagaan Sepanyol. – Agensi
The post Catalonia umum merdeka dari Sepanyol appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Catalonia umum merdeka dari Sepanyol
0 Komentar untuk "Catalonia umum merdeka dari Sepanyol"