Gema Semua Maklumat

Bukit Aman tunggu maklumat Filipina sahkan kematian Dr Mahmud

Bukit Aman tunggu maklumat Filipina sahkan kematian Dr Mahmud

BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan laporan mendakwa bekas pensyarah Malaysia yang menyertai pengganas Daesh di selatan negara itu, Dr Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih berhubung dengan Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan laporan itu.

“Kita masih berhubung dengan pihak berkuasa Filipina untuk mendapatkan kepastian,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Tentera Filipina hari ini mendakwa bahawa bekas pensyarah Universiti Malaya itu antara individu yang terbunuh operasi sepanjang malam di Marawi.

Bagaimanapun, sumber keselamatan Filipina masih belum mengesahkan perkara itu kerana tidak dapat mengesan mayat Mahmud.

Mahmud dipercayai menjadi suspek utama mendalangi kepungan di Marawi, yang berlanjutan selama lima bulan.

The post Bukit Aman tunggu maklumat Filipina sahkan kematian Dr Mahmud appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bukit Aman tunggu maklumat Filipina sahkan kematian Dr Mahmud
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bukit Aman tunggu maklumat Filipina sahkan kematian Dr Mahmud"

Back To Top