Gema Semua Maklumat

Hamid Apdal dibebaskan hari ini

Hamid Apdal dibebaskan hari ini


BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Ahli perniagaan, Hamid Apdal dibebaskan hari ini selepas ditahan sejak 10 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Hamid, 52, yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dibebaskan sehari lebih awal dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tempoh reman Hamid sepatutnya berakhir esok, namun diawalkan hari ini dengan jaminan sebanyak RM50,000 bersama deposit RM25,000.

Memetik laporan Berita Harian (BH), perintah dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di Hospital Pakar Damai, di sini, pada jam 10 pagi tadi.

Pada Ahad lalu, Hamid dimasukkan ke Hospital Pakar Damai atas masalah kesihatan.

Tempoh reman Hamid disambung lima hari pada Ahad lalu, selepas reman lima hari yang dikeluarkan mahkamah sama pada Rabu minggu lalu berakhir.

The post Hamid Apdal dibebaskan hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hamid Apdal dibebaskan hari ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hamid Apdal dibebaskan hari ini"

Back To Top