Gema Semua Maklumat

Dua anggota trafik maut motosikal dirempuh

Dua anggota trafik maut motosikal dirempuh

Gambar Utusan

KEMAMAN, 22 Muharram 1439H, Khamis – Dua anggota polis trafik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah lori dalam nahas di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bukit Kuang, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kra-kira jam 2.55 petang itu, Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh a/l Itchang, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Dungun meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Utusan.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa menyertai Konvoi Latihan Dalam Perkhidmatan dengan menunggang jarak jauh dari Mersing, Johor ke Kuala Terengganu.

Apabila sampai di Kilometer 139, sebuah lori secara tiba-tiba telah memasuki laluan konvoi dan merempuh dua motosikal jenis Honda CBX 750 yang ditunggang mereka.

The post Dua anggota trafik maut motosikal dirempuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua anggota trafik maut motosikal dirempuh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua anggota trafik maut motosikal dirempuh"

Back To Top