Gema Semua Maklumat

Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz dijangka pulang esok

Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz dijangka pulang esok

KUALA LUMPUR, 22 Muharram 1439H, Khamis – Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, mereka Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12, telah menunjukkan reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan.

“Kedua-dua mereka mengalami kesan lecur pada badan pada tahap 20 ke 30 peratus. Selepas hampir sebulan rawatan, mereka kini hampir pulih dari luka fizikal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HKL, hari ini.

Seorang lagi mangsa Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang dirawat di Unit Pediatrik dijangka dibenarkan pulang bulan ini.

“Bagi Shahir, kecederaan yang dialaminya lebih teruk kerana mengalami ‘fracture’. Namun beliau sedang pulih dengan baik,” katanya.

Dari segi mental dan emosi, Dr Zaininah berkata, ketiga-tiga mereka telah diberikan rawatan psikologi untuk membantu mengatasi trauma yang dialami.

“Sebelum ini mereka mengalami ‘nightmare’ berikutan insiden tersebut. Dengan sokongan keluarga yang berterusan, kini mereka sudah boleh tersenyum dan berbual dengan orang lain,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu itu, seramai 23 pelajar dan guru pusat tahfiz itu terkorban.- Bernama

The post Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz dijangka pulang esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz dijangka pulang esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz dijangka pulang esok"

Back To Top