Gema Semua Maklumat

Empat tol dimansuh mulai 1 Januari

Empat tol dimansuh mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1439H, Jumaat – Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor mulai 1 Januari 2018, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan perkara itu ketika ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Kutipan tol bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga ialah sebanyak RM1.10 manakala RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mendesak supaya kutipan tol di kedua-dua kawasan yang telah beroperasi sejak November 1993, dimansuhkan.

EDL, yang sepanjang 8.1km, mula beroperasi pada April 2012. – Bernama

The post Empat tol dimansuh mulai 1 Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Empat tol dimansuh mulai 1 Januari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Empat tol dimansuh mulai 1 Januari"

Back To Top