ISTANBUL, 28 Muharram 1439H, Rabu – Enam terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas sebahagian lombong arang batu di wilayah Sirnak di tenggara Turki, runtuh hari ini, kata agensi bantuan Turki, AFAD.
AFAD berkata, pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan usaha untuk mengesan beberapa lagi pelombong yang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan itu.
Kementerian Tenaga Turki dalam satu kenyataan berkata, lombong arang batu itu tidak berlesen dan beroperasi secara haram.
“Operasi di lombong arang batu di Sirnak, di mana kemalangan itu berlaku, sudah dihentikan oleh Ketua Pengarah Hal Ehwal Perlombongan pada 2013 kerana beroperasi secara haram dan berbahaya,” kata kenyataan itu.
Turki mengalami ledakan pembangunan dan banyak pihak berebut untuk menyediakan permintaan terhadap tenaga yang semakin meningkat.
Kemalangan hari ini adalah yang terburuk sejak Mei 2014 di barat Soma, di mana 201 pekerja terbunuh. – Agensi
The post Enam maut lombong arang batu runtuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Enam maut lombong arang batu runtuh
0 Komentar untuk "Enam maut lombong arang batu runtuh"