Gema Semua Maklumat

Ultra kiasu sengaja cetus isu kecil supaya umat Islam berbalah, kata Ridhuan Tee

Ultra kiasu sengaja cetus isu kecil supaya umat Islam berbalah, kata Ridhuan Tee

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu –
“Saya harap umat Islam hentilah bincang isu-isu terpencil. Kita sebenarnya sudah terperangkap dengan permainan musuh Islam yang sengaja mensensasikan isu yang tidak sepatutnya diperbalahkan,” kata Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau yang lantang mempertahan Islam meskipun dihentam puak ultra kiasu berkata, sejak akhir-akhir ini banyak isu-isu kecil yang diperdebatkan sehingga mencetuskan perbalahan.

Terbaharu katanya, isu boleh atau tidak umat Islam menggunting rambut dengan bukan Islam. Sebelum ini pula, isu dobi mesra Muslim.

Sedangkan katanya, banyak lagi isu lain yang perlu diberi perhatian dan sumbangan tenaga dan masa.

“Misalnya isu kemiskinan, isu permasalahan orang Melayu, gejala sosial, dadah dan sebagainya.

“Itu buktinya, kita sudah terperangkap dengan permainan ultra kiasu sehingga menyebabkan kita terpaksa berhujah panjang termasuk saya.

“Musuh Islam ultra kiasu ini sudah tidak ada kerja. Mencari ruang dan peluang melihat kelemahan kita. Bila dapat disensasikan, mereka pula akan label umat Islam ekstrem dan Taliban,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau yang merupakan pendakwah bebas berkata, realitinya umat Islam di negara ini amat bertolak ansur dengan bukan Islam sehingga mudah diambil kesempatan.

“Dulu ultra kiasu ni nak ekonomi sahaja, tetapi sekarang mereka sedar ekonomi tanpa kuasa tidak cukup kuat. Sebab itu mereka mahu lebih iaitu kuasa.

“Dengan kuasa, mereka mudah untuk melemahkan kita umat Islam. Lihat sahaja kenyataan bongkak ketua mereka di Pulau Pinang. Dengan selamba cakap kita Taliban. Jika Taliban mana mungkin mereka dapat syurga di sini.

“Jadi, saya harap sangat kita dapat sedar strategi jahat ultra kiasu ini,” katanya.

Mengulas lanjut Ridhuan Tee berkata, mengikut sejarah terdahulu, banyak pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar.

Katanya, kuasa benteng terakhir kita kerana jika terlepas, akan terjadi seperti yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang, hanya tinggal sejarah.

“Cuba tengok apa jadi dengan Singapura bila kuasa terlepas? Nasib Melayu di bumi Melayu. Boleh jadi Presiden sahaja tanpa kuasa. Adakah Melayu dapat jawatan tinggi atau kuasa di tempat strategik seperti polis, tentera, imigresen, kastam dan lain-lain.

“Putih mata. Sekarang di Pulau Pinang, orang Melayu dengan mudah diperalat kan. Jadi penasihat agama mempertahankan kemungkaran. Wahai melayu, sedarlah. Kembalilah mengumpulkan kekuatan sebelum terlambat,” katanya.

The post Ultra kiasu sengaja cetus isu kecil supaya umat Islam berbalah, kata Ridhuan Tee appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ultra kiasu sengaja cetus isu kecil supaya umat Islam berbalah, kata Ridhuan Tee
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ultra kiasu sengaja cetus isu kecil supaya umat Islam berbalah, kata Ridhuan Tee"

Back To Top