Gema Semua Maklumat

Harga petrol naik tiga sen, diesel naik lima sen

Harga petrol naik tiga sen, diesel naik lima sen

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan naik lagi bermula tengah malam ini, selepas turun dua minggu berturut-turut. 

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 akan dijual pada harga RM2.19 seliter, naik tiga sen daripada RM2.16 seliter minggu lalu.

Manakala petrol RON97 pula naik tiga sen daripada RM2.46 seliter kepada RM2.49 seliter.

Untuk harga runcit bagi diesel pula naik lima sen daripada RM2.12 seliter kepada RM2.17 seliter.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 11 Oktober depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga petrol naik tiga sen, diesel naik lima sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga petrol naik tiga sen, diesel naik lima sen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga petrol naik tiga sen, diesel naik lima sen"

Back To Top