BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – Harga runcit bahan api mingguan bagi petrol dan diesel masing-masing diumumkan turun sebanyak 3 sen dan 7 sen, bermula tengah malam ini.
Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga runcit bagi produk RON95 akan dijual pada harga RM2.16 seliter, manakala RON97 dengan RM2.46 seliter.
Sementara diesel akan dijual RM2.10 seliter.
Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 18 Oktober depan.
Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.
The post Harga petrol turun 3 sen, diesel 7 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga petrol turun 3 sen, diesel 7 sen
0 Komentar untuk "Harga petrol turun 3 sen, diesel 7 sen"