Gema Semua Maklumat

Hukuman buang sekolah pelajar bermasalah relevan: Menteri

Hukuman buang sekolah pelajar bermasalah relevan: Menteri

PADANG TERAP, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Kementerian Pendidikan berpendapat hukuman buang sekolah ke atas pelajar bermasalah masih relevan.

Malah, Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan untuk mewujudkan kelas atau sekolah khas untuk menempatkan pelajar bermasalah juga adalah tidak perlu.

“Pihak kementerian tidak melihat keperluan untuk mewujudkan kelas atau sekolah khas untuk menempatkan pelajar bermasalah dan pelajar yang dibuang sekolah.

“Kita tidak perlu buka sekolah khas untuk kumpulkan pelajar bermasalah ini. Tindakan buang sekolah ini juga masih relevan untuk diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah displin. Tetapi bukan boleh main buang sekolah begitu sahaja,” katanya yang dipetik daripada BH Online, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang mencadangkan tindakan buang sekolah ke atas pelajar bermasalah di negara ini dikaji semula.

The post Hukuman buang sekolah pelajar bermasalah relevan: Menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hukuman buang sekolah pelajar bermasalah relevan: Menteri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hukuman buang sekolah pelajar bermasalah relevan: Menteri"

Back To Top