LAS VEGAS, 13 Muharram 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 17 senjata api, termasuk pistol, ditemukan di bilik hotel Stephen Paddock, 64, kata Pegawai Polis Las Vegas, Joseph Lombardo.
Beliau berkata, sesetengahnya adalah raifal yang dilengkapi dengan skop, sambil memaklumkan Paddock menggunakan beberapa raifal semasa serangan itu.
Katanya, Paddock membawa sekurang-kurangnya 10 beg pakaian ke bilik hotelnya dalam tempoh masa yang sama.
“Paddock menembak kaki pegawai keselamatan, pada awalnya melalui pintu biliknya. Pegawai tersebut masih hidup,” katanya.
Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan, sebelum ini berkata, terdapat sekurang-kurangnya 20 raifal di dalam suite, bersama dengan beratus-ratus das peluru, termasuk dua raifal yang dilengkapi dengan skop dan dibina di atas tripod di hadapan dua tingkap besar.
Pegawai lain mengatakan bahawa antara senjata itu adalah raifal AR-15.
Dalam serbuan itu, pihak polis telah mengambil “lebih daripada” 18 senjata api, bahan peledak, serta beberapa ribu peluru dan “alat elektronik” dari rumah Paddock di Mesquite, Nev. – Agensi
The post Insiden Las Vegas: Polis temui 17 senjata api di bilik penembak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Insiden Las Vegas: Polis temui 17 senjata api di bilik penembak
0 Komentar untuk "Insiden Las Vegas: Polis temui 17 senjata api di bilik penembak"