BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan wujud unsur Freemason pada program ‘Ladies Night’ anjuran satu badan bukan kerajaan (NGO) di sebuah hotel di Kuantan, sebagaimana tular di laman sosial.
Ia susulan tersebarnya gambar menunjukkan pentas utama yang tertera perkataan ‘Pahang Freemason Ladies Night’ di latar belakangnya di laman sosial, sekali gus menimbulkan perdebatan di kalangan netizen.
Pengarahnya, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, pengurusan hotel milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu tidak dimaklumkan mengenai kandungan program yang berkaitan dengan unsur Freemason.
Katanya, pegawai JAIP sudah dihantar untuk bertemu dengan pengurus besar Hotel Grand Darul Makmur dan pengurusannya bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati tempahan dewan program itu dibuat oleh NGO Lodge Royal Pahang bagi memuatkan seramai 101 peserta.
“Pihak hotel tidak dimaklumkan mengenai kandungan program itu dan bertegas akan menolak tempahan berkenaan jika ia berkaitan dengan unsur Freemason,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Mohamad Noor berkata, pengurusan hotel sedia untuk disiasat dengan lebih lanjut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kerana difahamkan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut menyiasat perkara itu.
The post JAIP nafi wujud unsur Freemason dalam acara ‘Ladies Night’ di Kuantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JAIP nafi wujud unsur Freemason dalam acara ‘Ladies Night’ di Kuantan
0 Komentar untuk "JAIP nafi wujud unsur Freemason dalam acara ‘Ladies Night’ di Kuantan"