Gema Semua Maklumat

Jemaah umrah dinasihat tidak panik jika syarikat belum dapat lesen

Jemaah umrah dinasihat tidak panik jika syarikat belum dapat lesen

ALOR GAJAH, 20 Muharram 1439H, Selasa – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) masih lagi memproses lebih 400 permohonan syarikat yang menawarkan pakej umrah di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, jemaah-jemaah yang akan menunaikan umrah dinasihatkan agar tidak panik dan bimbang selepas kementerian itu mengeluarkan 25 senarai syarikat umrah yang telah mendapat Lesen Khas Umrah (LKU).

Beliau berkata, senarai itu telah menimbulkan kekeliruan hingga menyebabkan pihaknya menerima pelbagai rungutan daripada agensi pelancongan yang belum tersenarai.

Ianya menyebabkan ada kalangan bakal jemaah yang membuat pembatalan dan meminta wang deposit sekali gus menjejaskan perniagaan mereka.

“Kita menerima rungutan travel agensi ramai pendeposit yang menarik diri dan saya minta mereka bertenang dan tidak bimbang.

“Kita masih lagi menerima permohonan dari syarikat-syarikat yang terlibat dalam pakej umrah dan lebih 400 jumlah yang telah menyiapkan segala dokumentasi, dan sedang diproses,” katanya sambil berkata, jumlah itu bukanlah jumlah muktamad.

Pada masa sama, Mas Ermieyati, turut menggesa syarikat yang belum membuat permohonan untuk bertindak segera supaya jemaah akan lebih yakin dengan perkhidmatan mereka dan syarikat mereka turut tersenarai dalam di bawah LKU.

The post Jemaah umrah dinasihat tidak panik jika syarikat belum dapat lesen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jemaah umrah dinasihat tidak panik jika syarikat belum dapat lesen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jemaah umrah dinasihat tidak panik jika syarikat belum dapat lesen"

Back To Top