Gema Semua Maklumat

Kerajaan tak hasrat jual PLUS

Kerajaan tak hasrat jual PLUS

BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Kerajaan tidak berhasrat untuk melupuskan pegangannya dalam PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada Maju Holdings.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan mengetahui langkah penjualan PLUS hanya mendatang risiko dan ketidaktentuan.

Katanya, kerajaan menyambut baik sebarang pengambilalihan, namun mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebarang pengambilalihan mesti praktikal supaya ia tidak seperti Perwaja,” kata kementerian itu.

Sebelum ini, Pengerusi Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed mengumumkan hasratnya untuk memiliki kepentingan PLUS dengan jaminan tidak ada kenaikan tol bagi tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Berhad mengulangi pendirian tidak berniat untuk menjual kepentingan syarikat konsesi lebuh raya itu.

The post Kerajaan tak hasrat jual PLUS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan tak hasrat jual PLUS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan tak hasrat jual PLUS"

Back To Top