Gema Semua Maklumat

Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee

Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Bukan Melayu, khususnya kaum Cina diingatkan bahawa penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang berhijrah ke negara ini sangat tinggi, kerana kefahaman mereka mengenai Islam.

Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, mungkin kepada kaum Cina agama itu tidak penting, tetapi tidak kepada umat Islam.

“Sejarah membuktikan, penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang datang berhijrah, sangat tinggi, disebabkan oleh pengajaran dan kefahaman mereka terhadap Islam.

“Sebab itu mereka dilayan dengan baik kerana tuntutan agama. Justeru, berpada-padalah bila bercakap. Ingatlah, melalui kefahaman orang Melayu terhadap Islam itulah yang menjadi mereka lebih terbuka dan bertoleransi dan sangat meraikan kepelbagaian,” katanya

Ikuti tulisan beliau dalam ruang Kolumnis Ismaweb.net yang akan disiarkan tengah hari, hari ini.

The post Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee"

Back To Top