Gema Semua Maklumat

Kren tumbang di Makkah: Binladin Group bebas tuduhan cuai

Kren tumbang di Makkah: Binladin Group bebas tuduhan cuai

MAKKAH, 13 Muharram 1439H, Selasa – Mahkamah Jenayah Makkah membebaskan Binladin Group daripada tudahan cuai berhubung kes kren tumbang di Masjidilharam yang menyebabkan 108 orang terkorban dan 238 lagi cedera.

Keputusan itu diputuskan mahkamah semalam dengan menetapkan kesemua 13 tertuduh tidak bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan.

Sebelum ini, Binladin Group dihadapkan ke mahkamah berikutan kren yang tumbang adalah satu daripada sebilangan yang didirikan oleh syarikat berkenaan.

Syarikat itu dikendalikan keluarga Bin Laden, ditubuhkan lebih 80 tahun lalu oleh ayah pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden dan telah membina pelbagai projek bangunan ikonik di Arab Saudi.

Syarikat itu dilaporkan kerugian berbilion-bilion riyal sejak kerajaan enggan menyambung kontrak tambahan selepas tragedi kemalangan kren di Makkah pada tahun 2015. -Agensi

The post Kren tumbang di Makkah: Binladin Group bebas tuduhan cuai appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kren tumbang di Makkah: Binladin Group bebas tuduhan cuai
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kren tumbang di Makkah: Binladin Group bebas tuduhan cuai"

Back To Top