Gema Semua Maklumat

Krisis Rohingya: PBB kecewa sikap sambil lewa Suu Kyi

Krisis Rohingya: PBB kecewa sikap sambil lewa Suu Kyi

YANGON, 10 Safar 1439H, Sabtu – Penyiasat penyalahgunaan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan sambil lewa pemimpin negara itu berhubung krisis penindasan ke atas etnik minoriti muslim Rohingya di Rakhine.

Yanghee Lee berkata, beliau kesal dengan sikap Aung San Suu Kyi yang lebih banyak berdiam diri daripada mengkritik kempen ketenteraan di negeri barat negara itu sehingga menyebabkan ramai terbunuh dan ratusan ribu yang lain melarikan diri ke negara jiran.

Malah Lee berkata, kekecewaan itu tidak hanya dirasai oleh badan-badan dunia dan NGO hak asasi manusia, sebaliknya sikap penerima Anugerah Nobel Keamanan berkenaan turut dikritik oleh masyarakat antarabangsa.

Katanya, beliau berani mengatakan bahawa terdapat banyak kebencian dan permusuhan dilihat terhadap Rohingya, dengan kezaliman membunuh, merogol dan membakar perkampungan etnik itu tidak pernah didedahkan dalam liputan media di Myanmar.

September lalu, Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72, didakwa sebagai mengelak daripada menjawab isu berkaitan krisis Rohingya.

Dia kini berdepan kritikan hebat antarabangsa, malah sesetengah pihak sedang melihat sama ada Jawatankuasa Nobel, yang memberikan penghormatan kepadanya pada tahun 1991, akan mengkritiknya secara terbuka atau menarik balik penganugerahan itu.

“Ia benar-benar membingungkan semua orang termasuk saya mengenai kedudukan Suu Kyi dalam isu ini.

“Dia tidak pernah menyedari bahawa apa yang masyarakat dunia perkatakan mengenai Rohingya. Ia sangat mengecewakan,” kata Lee. – Agensi

The post Krisis Rohingya: PBB kecewa sikap sambil lewa Suu Kyi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Krisis Rohingya: PBB kecewa sikap sambil lewa Suu Kyi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Krisis Rohingya: PBB kecewa sikap sambil lewa Suu Kyi"

Back To Top