Gema Semua Maklumat

Majlis Perbandaran Kota Bharu lupus arak, alatan shisha

Majlis Perbandaran Kota Bharu lupus arak, alatan shisha

Sumber foto: Harakahdaily

KOTA BHARU, 13 Muharram 1439H, Selasa – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), melupuskan peralatan shisha dan minuman keras bernilai RM100,000, hari ini.

Yang Dipertua MPKB-BRI Datuk Zamri Ismail berkata, pelupusan itu membabitkan 1,221 botol shisha dan 4,957 minuman keras botol dan tin.

Katanya, kesemua barangan yang dirampas dalam beberapa siri operasi bermula Januari 2016 hingga 1 Oktober 2017 dianggarkan bernilai sebanyak RM100,000.

“Kita merampas semua barangan ini daripada peniaga restoran dan pemilik gerai yang ingkar dengan menjadikan shisha serta minuman keras sebagai pelaris perniagaan di Kota Bharu.

“Sejak awal tahun lalu, kami sudah mengadakan rondaan setiap malam bagi mengenal pasti premis perniagaan yang berniaga tanpa lesen,” katanya yang dipetik daripada HMetro.

Semua barangan yang dilupuskan akan ditanam di talak pelupusan sampah Kampung Telong, Bachok.

Dalam pada itu, Zamri berkata, di masa akan datang, pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap peniaga ingkar.

The post Majlis Perbandaran Kota Bharu lupus arak, alatan shisha appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Majlis Perbandaran Kota Bharu lupus arak, alatan shisha
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Majlis Perbandaran Kota Bharu lupus arak, alatan shisha"

Back To Top