Gema Semua Maklumat

Mayat pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang

Mayat pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang

IRAN9 Safar 1439H, Ahad – Mayat seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita Irna.

Mayat ditemukan sekumpulan pendaki kelmarin semasa menuruni gunung itu.

Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.

Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka kelmarin dan menyambung kerja menyelamat semalam.

 Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300 meter, kata Irna.

Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran.

Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.

Namun 2 lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.

Mayat seorang daripada mereka ditemukan 5 hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. -Bernama

The post Mayat pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mayat pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mayat pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang"

Back To Top