Gema Semua Maklumat

Ni ke cara nak menang? Sape buat wayang kartun bodoh ni?

Ni ke cara nak menang? Sape buat wayang kartun bodoh ni? -
Kem belum siap tetapi sudah ada pengundi tentera?
ARIF ATAN  -  October 27, 2017 11:18 am
Kem tentera Segamat yang belum siap didakwa sudah mempunyai 1,051 pengundi pos

Tular di media sosial tentang dakwaan wujudnya seramai 1,051 pemilih pos bagi kem tentera Segamat yang belum siap.

Maklumat jumlah pemilih itu dikatakan terkandung dalam daftar pemilih terbaharu bulan ini walaupun kem tersebut difahamkan hanya siap 60 peratus.

Selain gambar pintu masuk kem yang dalam pembinaan, turut tersebar keratan daftar pemilih dengan terdapat 88 pengundi di Pusat Latihan Polis Segamat menjadikan jumlah keseluruhan pemilih pos seramai 1,139 orang.

Kem tentera Segamat adalah antara empat kem baharu yang kesemuanya bernilai RM200 juta dan dijangka siap akhir tahun ini.

Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkiple Kassim pada Julai lalu dilapor berkata, kem baharu lain di Hutan Melintang, Bera dan Pagoh dengan kos setiap satu kem itu mencecah RM50 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Biro Integrasi Nasional dan Penyelaras PKR Segamat, Datuk Seri Dr R Santhara Kumar pada Jun lalu bimbang dengan kemungkinan kemasukan ramai pengundi tentera di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan status kemasukan nama-nama anggota terbabit dalam daftar pemilih.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu, Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam menang dengan majoriti 1,217 undi menewaskan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk CHua Jui Meng sebagai calon PKR.

P140 Segamat merupakan kawasan campuran dengan 47,009 pemilih berdaftar pada PRU-13 lalu.


Ni ke cara nak menang? Sape buat wayang kartun bodoh ni? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Ni ke cara nak menang? Sape buat wayang kartun bodoh ni?
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Ni ke cara nak menang? Sape buat wayang kartun bodoh ni?"

Back To Top