Gema Semua Maklumat

Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa

Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa

KUALA LUMPUR, 12 Muharram 1439H, Isnin – Perkhidmatan tren komuter dan tren elektrik (ETS) tergendala awal pagi tadi berikutan masalah bekalan kuasa.

Menerusi akaun twitter rasmi KTMB, masalah itu dilaporkan membabitkan laluan antara KL Sentral-Kepong dan KL Sentral-Batu Caves.

“Para penumpang komuter dimohon untuk mendapatkan pengangkutan alternatif seperti LRT atau MRT untuk ke destinasi masing-masing. Mohon maaf,” katanya.

Masalah itu dilaporkan sudah dapat diatasi sekitar jam 8.30 pagi tadi namun, jadual perjalanan masih terjejas.

“Masalah bekalan telah dapat diatasi. Walau bagaimanapun perkhidmatan komuter masih mengalami kelewatan. Mohon maaf. Terima kasih,” katanya.

The post Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa"

Back To Top