BANGI, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Tiga keping gambar dimuat naik dalam laman Facebook hari ini mendapat perhatian ramai yang memuji perbuatan seorang remaja Cina.
“Remaja Cina yang saya kagumi, patut dicontohi remaja Islam. Hantar seorang pakcik uzur ke Masjid Al Falah untuk solat Jumaat tengah hari tadi.
“Bukan saja pimpin tangan pakcik turun dari kereta beliau, malah menggunakan tapak tangan beliau menutup kepala pakcik daripada terkena hujan.”
Demikian antara yang ditulis mengenai tiga keping gambar itu. Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana Masjid Al Falah berkenaan. Namun, melalui pencarian di laman sosial, masjid berkenaan dipercayai terletak di Seberang Jaya, Selangor.
Ramai yang berkongsi gambar berkenaan dan memberi ulasan mereka.
Antaranya, Abdullah Ishak yang berkata, sebenarnya isu perkauman tidak timbul, tetapi tangan-tangan ghaib dari politik yang memecahbelahkan keharmonian kaum selama ini.
Katanya, ada sebuah masjid di Tanjung Karang, Selangor di mana anggota Rela berbangsa Cina setia menjaga keselamatan umat Islam yang sedang bersolat Jumaat.
Ischa Sopheya Assyifa pula berkata, tidak kisah lah Cina, Melayu atau India, jarang ada remaja yang berbuat demikian.
“So, i salute u bro.. Thanks for helping him…teladan yg baik,” katanya.
Seorang lagi netizen, Raj Gonzales Thiagu Ramachandra bersyukur kerana Malaysia masih harmoni dan aman
“Kita berbilang bangsa harus tolong satu sama yang lain tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Asrul Sani pula berkata, memang ada mereka yang rasis tidak kira Melayu, Cina atau India, tetapi majoriti rakyat Malaysia masih boleh bertoleransi antara satu sama lain.
The post Remaja Cina pimpin pak cik tua ke masjid dipuji appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Remaja Cina pimpin pak cik tua ke masjid dipuji
0 Komentar untuk "Remaja Cina pimpin pak cik tua ke masjid dipuji"