Gema Semua Maklumat

Revolusi SPRM bagus tapi BN kena disingkir dahulu

Revolusi SPRM bagus tapi BN kena disingkir dahulu

BANGI, 23 Muharram 1439H, Jumaat – PAS mengalu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan revolusi dalam menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bagaimanapun berkata, bagi melaksanakan revolusi itu, apa yang penting dilakukan terlebih dahulu ialah menyingkirkankuasa Barisan Nasional (BN).

Katanya, kebanyakan masyarakat masih keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Sebenarnya sumber kekeliruan rakyat terhadap rasuah adalah hasil daripada campur tangan kerajaan BN di dalam SPRM selama ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberi contoh paling menonjol iaitu tatkala kerancakan kemelut derma RM2.6 bilion dan skandal RM42 juta SRC International.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 November 2015 berkata bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) boleh melakukan sumbangan kepada ahli politik atau parti politik sebagai pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat, dan perkara ini boleh dibuat tanpa sebarang akta yang mengawalnya.

“Persoalannya, di mana garisnya antara suapan dan derma? Apakah menerima hadiah, asalkan ia dinamakan dalam bentuk derma, daripada individu dan golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri, dibolehkan?

“Oleh itu, PAS mendesak SPRM untuk turut bersama menekan pihak kerajaan agar mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. Semestinya akta ini akan dapat membantu SPRM untuk mencapai revolusinya.

“Tapi selagi BN berkuasa, segala-galanya susah bagi SPRM untuk bergerak bebas seperti yang sewajarnya. Cadangan bagus, PAS akan menyokong usaha SPRM. Tapi BN sebagai batu penghalang besar perlu dibuang dahulu,” katanya.

The post Revolusi SPRM bagus tapi BN kena disingkir dahulu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Revolusi SPRM bagus tapi BN kena disingkir dahulu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Revolusi SPRM bagus tapi BN kena disingkir dahulu"

Back To Top