Gema Semua Maklumat

Seleweng dana: Tiga pemimpin Pemuda direman lima hari

Seleweng dana: Tiga pemimpin Pemuda direman lima hari

BANGI, 20 Muharram 1439H, Selasa – Tiga pemimpin pemuda daripada dua parti di Sabah direman lima hari sehingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di negeri itu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus ke atas Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan Berita Harian (BH), Jamawi diwakili peguamnya, Arthur Bonnie, Shahlan Jufri dan Mohd Azhier A Farhan Arifin.

Sementara Arifin diwakili peguam Hamid Ismail dan Martin Tommy, Loretto J Padua, Cedric Choo, Norazmi Alimat serta Jaikol Situn mewakili Mohd Azis.

SPRM diwakili Pegawai Penyiasat suruhanjaya itu, Mohd Faliq Basiruddin.

Ketiga-tiga individu terbabit disiasat berhubung dana yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2010 hingga 2016.

The post Seleweng dana: Tiga pemimpin Pemuda direman lima hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seleweng dana: Tiga pemimpin Pemuda direman lima hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Seleweng dana: Tiga pemimpin Pemuda direman lima hari"

Back To Top