Gema Semua Maklumat

‘Tubuh parti politik hanya pandangan peribadi Yusuf Azmi’: PPIM

‘Tubuh parti politik hanya pandangan peribadi Yusuf Azmi’: PPIM

BANGI, 5 Safar 1439H, Rabu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta semua pihak tidak mengaitkan persatuan itu dengan isu yang dibangkitkan Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Yusuf Azmi.

Semalam, Yusuf selepas dibebaskan dengan jaminan di Kompleks Mahkamah Kajang secara berseloroh memberitahu pemberita, mahu menubuhkan sebuah parti baharu yang lebih dinamik.

Katanya, penubuhan parti adalah untuk menarik lebih ramai individu yang mempunyai jiwa dan semangat bagi membantu pengguna dalam kes-kes penipuan.

Bagaimanapun Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan hari ini dalam satu sidang media berkata, apa yang diutarakan Yusuf adalah pandangan peribadi dan tidak melibatkan PPIM.

Katanya, PPIM adalah NGO yang berusaha melindungi hak pengguna.

“Kalau pihak pentadbiran ada masalah pun kita akan berusaha bantu dan akan tegur siapa-siapa yang ada lakukan kesilapan membabitkan pengguna.

“Salah tafsiran yang kita lihat hari ini membuat kita rasa terpanggil untuk memberikan penjelasan. Jangan nak kata kita ni nak sokong mana-mana ke atau apa.

“Kita sudah 20 tahun tertubuh, jadi saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan yang berat sebelah membabitkan pengguna,” katanya.

The post ‘Tubuh parti politik hanya pandangan peribadi Yusuf Azmi’: PPIM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Tubuh parti politik hanya pandangan peribadi Yusuf Azmi’: PPIM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Tubuh parti politik hanya pandangan peribadi Yusuf Azmi’: PPIM"

Back To Top