Gema Semua Maklumat

YouTube gantung rangkaian berita Palestin siar video Brigade al-Qassam

YouTube gantung rangkaian berita Palestin siar video Brigade al-Qassam

GAZA, 24 Muharram 1439H, Sabtu – Saluran Youtube milik laman web terkenal Palestin digantung berikutan klip video yang dimuat naik ketika perang di Gaza pada 2014 yang menunjukkan brigade bersenjata Pergerakan Perjuangan Pembebasan Palestin (Hamas) – Brigade al-Qassam.

Dalam satu kenyataan, rangkaian berita al-Quds yang berpangkalan di Gaza berkata, tindakan penggantungan itu adalah hasil kempen dilakukan rejim Zionis yang memberi tekanan kepada firma media sosial untuk menutup media Palestin.

Rangkaian al-Quds yang bermula dengan laman Facebook sebelum melancarkan laman web sendiri pada Mac 2011, menyifatkan mereka adalah komuniti berita pertama Palestin.

Laporannya bergantung kepada wartawan muda dan sukarelawan menggunakan telefon dan peranti digital lain untuk membuat liputan berita di seluruh Palestin, terutama isu berkaitan pencabulan oleh askar rejim Israel dan pencerobohon pendatang Yahudi di wilayah diduduki di Tebing Barat dan Gaza.

Laporannya mendapat perhatian meluas, dengan kira-kira enam juta mengikuti rangkaian itu dalam Facebook. Al-Quds berkata rangkaian Youtubenya yang telah mencecah 10 juta penonton digantung Khamis lalu.

Ketua Pengarang al-Quds, Ahmed Jarrar berkata, You Tube menggantung saluran itu tanpa memberi amaran.

“Keputusan You Tube dibuat berdasarkan video yang kami muat naik ketika perang Gaza pada 2014. Ini bukan kali pertama rangkaian kami digantung dan bahannya dibuang. Ia pernah berlaku pada 2011 dan kami terpaksa membuat saluran baharu dari awal,” katanya.

YouTube berkata, keputusan itu dibuat kerana al-Quds melakukan pelanggaran syarat berdasarkan garis panduan komuniti. – Agensi

The post YouTube gantung rangkaian berita Palestin siar video Brigade al-Qassam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di YouTube gantung rangkaian berita Palestin siar video Brigade al-Qassam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "YouTube gantung rangkaian berita Palestin siar video Brigade al-Qassam"

Back To Top