Gema Semua Maklumat

10 juta penduduk dunia tiada kerakyatan: UNHCR

10 juta penduduk dunia tiada kerakyatan: UNHCR

GENEVA, 15 Safar 1439H, Sabtu – Dianggarkan 10 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai kerakyatan, termasuk tiga juta yang dinafikan status identiti, hak dan pekerjaannya secara rasmi.

Menurut laporan Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Banga-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), etnik muslim Rohingya di Myanmar, merupakan minoriti tanpa kerakyatan terbesar di dunia dengan lebih 600,000 orang telah melarikan diri daripada keganasan dan penindasan sejak akhir Ogos lalu.

Jurucakap UNHCR, Adrian Edwards berkata, 3.2 juta orang di 75 buah negara yang diketahui tidak memiliki status negara yang didaftarkan kerajaan.

UNHCR berkata, kerajaan harus memberikan status kewarganegaraan kepada penduduk yang dilahirkan di negara mereka.

“Kita perlu memastikan tiada pengecualian secara sengaja atau sewenang-wenangnya menafikan kerakyatan,” katanya.

Ditanya sama ada Rohingya termasuk dalam kategori sengaja dikecualikan atau dilucutkan kerakyatan, Edward berkata:

“Kita hanya melihat hasilnya….Myanmamr mempunyai undang-undang kerakyatan. Ia menggariskan beberapa kategori yang dianggap sebagai warga Myanmar. Tetapi, Rohingya tiada dalam senarai itu,” katanya.- Agensi

 

The post 10 juta penduduk dunia tiada kerakyatan: UNHCR appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 10 juta penduduk dunia tiada kerakyatan: UNHCR
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "10 juta penduduk dunia tiada kerakyatan: UNHCR"

Back To Top