Gema Semua Maklumat

50 jemaah terbunuh serangan di masjid Nigeria

50 jemaah terbunuh serangan di masjid Nigeria

KANO, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri yang meletupkan sebuah masjid di Adamawa, di timur laut Nigeria, hari ini.

Menurut polis Adamawa, serangan itu dilaporkan berlaku ketika penduduk menunaikan solat Subuh di masjid Madina di Unguwar Shuwa, Mubi

Jurucakap polis, Othman Abubakar berkata, setakat ini sekurang-kurangnya 50 orang disahkan maut akibat serangan itu.

“Beberapa orang cedera. Kami tidak mempunyai angka tetap sekarang kerana mereka telah dibawa ke beberapa hospital untuk rawatan.

“Ia dipercayai angkara perbuatan seorang pengebom (bunuh diri) yang disyaki turut bersama dengan jemaah masjid bagi menunaikan solat pagi ini, sebelum melakukan serangan berkenaan,” katanya.

Abubakar berkata, pihaknya belum mengesahkan pihak yang bertanggungjawab secara khusus terhadap serangan itu, namun tidak menolak kemungkinan ia didalangi militan Boko Haram.- Agensi

The post 50 jemaah terbunuh serangan di masjid Nigeria appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 50 jemaah terbunuh serangan di masjid Nigeria
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "50 jemaah terbunuh serangan di masjid Nigeria"

Back To Top