Gambar: Utusan
BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad dilantik semula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S.A Vigneswaran di Dewan Negara, Bangunan Parlimen, hari ini.
Abdul Halim menjadi Ahli Dewan Negara pada November 2014, sebelum dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara 18 April 2016.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.
The post Abdul Halim dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Abdul Halim dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara
0 Komentar untuk "Abdul Halim dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara"