BANGI, 24 Safar 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di beberapa daerah di negeri Sabah dan Sarawak.
Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk di dua negeri itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Di Sabah, keadaan berkenaan akan menjejaskan bahagian Pedalaman membabitkan daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan.
Tidak terkecuali di Pantai Barat, Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan termasuklah Beluran dan Tongod.
Sementara di Sarawak, keadaan cuaca buruk dijangka melanda bahagian Limbang.
The post Amaran hujan lebat berterusan di Sabah, Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Amaran hujan lebat berterusan di Sabah, Sarawak
0 Komentar untuk "Amaran hujan lebat berterusan di Sabah, Sarawak"