BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan sehingga malam ini di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jabatan Meteorologi dalam amaran yang dikeluarkan petang tadi memaklumkan bahawa cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.
Menerusi kenyataan itu, beberapa tempat di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Sik dan Baling dijangka terjejas cuaca buruk berkenaan.
Di Negeri Sembilan, cuaca buruk itu melanda lima daerah iaitu Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson.
Keadaan itu turut menjejaskan Melaka dan Segamat, Tangkak serta Muar di Johor. Tidak terkecuali bahagian Tawau di Sabah melibatkan Kunak dan Semporna.
The post Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya
0 Komentar untuk "Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya"