Gema Semua Maklumat

Anak Husam ditahan polis miliki 200 pil kuda

Anak Husam ditahan polis miliki 200 pil kuda

KOTA BHARU, 30 Safar 1439H, Ahad – Anak lelaki Adun Salor, Datuk Husam Musa yang juga pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (PAN) ditahan kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang.

“Anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Jelutong, di sini.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya,” katanya yang dipetik daripada portal tempatan.

Sementara itu, Husam dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu selepas mendapat tahu anaknya direman menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, lokasi penahanan anaknya masih belum diketahui.

The post Anak Husam ditahan polis miliki 200 pil kuda appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Anak Husam ditahan polis miliki 200 pil kuda
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Anak Husam ditahan polis miliki 200 pil kuda"

Back To Top