Gema Semua Maklumat

Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat keluar dari Lubnan

Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat keluar dari Lubnan

RIYADH, 21 Safar 1439H, Jumaat – Arab Saudi dan Kuwait menggesa rakyatnya meninggalkan Lubnan dengan kadar segera sejurus Perdana Menteri negara itu, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya.

Saad Hariri meletakkan jawatannya kerana bimbang akan turut menjadi mangsa bunuh seperti bapanya, Rafik al-Hariri.

Walaupun baru memegang jawatan perdana menteri hampir setahun, keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.

Sumber Kementerian Luar Arab Saudi menyatakan bahawa kerajaan menggesa rakyatnya sama ada yang melawat atau menetap di negara itu segera meninggalkannya dan dinasihatkan agar mereka tidak mengunjungi negara itu lagi.

“Semua rakyat perlu meninggalkan Lubnan serta merta dan dihalang ke negara itu sebagai langkah keselamatan,” katanya. – Agensi

The post Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat keluar dari Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat keluar dari Lubnan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat keluar dari Lubnan"

Back To Top