Gema Semua Maklumat

Ateis sebar fahaman dengan jenaka

Ateis sebar fahaman dengan jenaka

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Gerakan komuniti ateis mula tersebar apabila mereka banyak mewujudkan agama parodi atau dikenali sebagai agama satira.

Pengasas Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung berkata, fenomena ini adalah untuk melempias nafsu mereka yang mahu menghina agama dengan cara ‘berseni’ cara mereka sendiri.

Katanya, salah satu bentuk mereka mahu menyindir dan menyebarkan doktrin ateisme adalah dengan mencipta agama mereka tersendiri dengan berjenaka dan memperolok-olok konsep ketuhanan di dalam kepercayaan mereka.

“Tujuannya supaya orang memahami bahawa konsep ketuhanan adalah tidak masuk akal,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan golongan ini adalah tidak bermoral dan menyangahi kebebasan pihak lain oleh kerana mereka amat menentang golongan beragama yang mempercayai kepada kewujudan Tuhan.

“Sokongan dan anutan mereka itu tidak sama sekali mewajahkan sebuah agama tetapi mereka lebih bersifat berolok-olok untuk menyindir golongan yang beragama.

“Malah lafaz-lafaz yang bersifat keagamaan seperti ‘Ameen’ ditukar kepada mereka sebagai ‘Ramen’ (mee) dan sebutan itu diguna untuk mengaminkan doa. Begitu juga dengan nama bulan Ramadhan mereka memanggil dengan ‘Ramendan’ dan banyak lagi perkataan-perkataan yang digubah oleh mereka.

“Permainan lafaz-lafaz ini banyak terdapat dalam ‘kitab suci’ mereka iaitu Gospel of Flying Spaghetti Monster. Malah di bahagian kata pengantar dalam buku itu Bobby Henderson mengaku bahawa beliau adalah nabi kepada Pastafarian,” katanya.

The post Ateis sebar fahaman dengan jenaka appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ateis sebar fahaman dengan jenaka
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ateis sebar fahaman dengan jenaka"

Back To Top