Gema Semua Maklumat

Banjir: Bekalan elektrik di Pulau Pinang hampir pulih

Banjir: Bekalan elektrik di Pulau Pinang hampir pulih

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan hampir sepenuhnya bekalan eletrik yang terputus di Pulau Pinang akibat banjir.

Setakat jam 3 petang tadi, 105 daripada 113 pencawang elektrik (PE) yang dihenti tugas di negeri itu sudah disambungkan.

Pengurus Besar Kanan TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, daripada jumlah itu, 78 PE dipulihkan melalui grid, sementara 27 PE lagi menggunakan set janakuasa bergerak (genset).

“Hanya tinggal lapan PE sahaja yang masih dihenti tugas iaitu di Seberang Perai. Bagaimanapun, kerja-kerja memulihkan bekalan masih giat diteruskan, bagi mengembalikan bekalan elektrik secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk merujuk kepada Facebook TNB Careline atau menghubungi talian TNB Careline 15454 bagi mendapatkan maklumat terkini bekalan elektrik.

The post Banjir: Bekalan elektrik di Pulau Pinang hampir pulih appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Banjir: Bekalan elektrik di Pulau Pinang hampir pulih
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Banjir: Bekalan elektrik di Pulau Pinang hampir pulih"

Back To Top