SUNGAI PETANI, 20 Safar 1439H, Khamis – Banjir di Kedah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan terakhir di Dewan Rakan Sukan, Pendang yang menempatkan 213 mangsa daripada 56 keluarga, ditutup secara rasmi pada jam 3 petang tadi.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini apabila keadaan cuaca beransur baik dan banjir semakin surut.
Gelombang banjir kali ini yang membabitkan enam daerah iaitu Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Yan dan Pendang mengakibatkan 3,402 mangsa daripada 938 keluarga terpaksa dipindahkan.
Sebanyak 40 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa terbabit. – Bernama
The post Banjir di Kedah pulih, semua pusat pemindahan ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Banjir di Kedah pulih, semua pusat pemindahan ditutup
0 Komentar untuk "Banjir di Kedah pulih, semua pusat pemindahan ditutup"