KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan membatalkan lesen perniagaan syarikat yang masih ingkar menggantung iklan di tiang lampu dan lampu isyarat di Kuala Lumpur, bermula awal tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, sekiranya syarikat berkenaan didapati melanggar arahan itu, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan akan membatalkan lesen serta-merta sekiranya ia masih tidak dipatuhi.
“Dalam sehari, beratus-ratus poster dan iklan komersial haram seperti iklan along digantung merata-rata dan situasi ini benar-benar mencacatkan pemandangan dan imej Kuala Lumpur sedangkan di negara lain seperti China dan Thailand pun tidak berlaku masalah sebegini,” katanya pada sidang media pelancaran Pasukan Rovers DBKL, di sini hari ini.
Katanya, disebabkan sikap degil mereka, DBKL terpaksa membelanjakan sehingga RM3 juta tahun lalu untuk kerja-kerja menurunkan semua iklan haram terbabit dari pagi hingga lewat malam.
“Selepas ini tiada lagi kompromi, sama ada syarikat besar atau kecil,” katanya. -Bernama
The post Batal lesen perniagaan jika gantung iklan haram: DBKL appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Batal lesen perniagaan jika gantung iklan haram: DBKL
0 Komentar untuk "Batal lesen perniagaan jika gantung iklan haram: DBKL"