KUALA LUMPUR, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memeriksa beberapa buah hotel antarabangsa bagi mengenal pasti hotel yang terbabit dengan isu larangan bertudung.
Siasatan itu dimulakan di tujuh hotel sekitar Putrajaya dan lima buah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) JTKSM, Paeza Rosdi berkata, siasatan itu turut melibatkan 16 pegawai jabatan.
“Bagi mengenal pasti isu ini, JTKSM melakukan siasatan sejak Selasa lalu bermula di Putrajaya.
“JKTSM menghantar dua orang pegawai di setiap hotel terbabit. Mereka melakukan temu duga secara rawak ke atas pekerja dan pengurus bagi mendapat maklumat.
“Bagaimanapun, hasil siasatan kami setakat ini tidak ada hotel yang terbabit dengan isu larangan bertudung ini,” katanya yang dipetik daripada BH Online.
Beliau berkata, siasatan itu akan diteruskan di Selangor, Pulau Pinang, Langkawi dan lokasi tumpuan pelancong.
The post Beberapa hotel antarabangsa dalam negara disiasat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Beberapa hotel antarabangsa dalam negara disiasat
0 Komentar untuk "Beberapa hotel antarabangsa dalam negara disiasat"