Gema Semua Maklumat

Berita kenaikan tarif elektrik tak benar: KeTTHA

Berita kenaikan tarif elektrik tak benar: KeTTHA

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Tiada kenaikan tarif elektrik sebagaimana yang ditular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak kebelakangan ini.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, berita ‘Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi TNB Daripada Kerugian – Najib Razak’ itu adalah kenyataan lama perdana menteri.

Beliau menjelaskan bahawa berita itu tidak benar dan menyifatkan ia hanya menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat umum.

“KeTTHA juga ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang menjadi viral itu sebenarnya adalah kenyataan lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 16 Mei 2014.

“Sehubungan itu, pihak kementerian sudah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan lanjut dengan serta merta,” katanya.

 

The post Berita kenaikan tarif elektrik tak benar: KeTTHA appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Berita kenaikan tarif elektrik tak benar: KeTTHA
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Berita kenaikan tarif elektrik tak benar: KeTTHA"

Back To Top