SEJAK kebelakangan ini, saya kerap menggunakan bas pengangkutan awam untuk perjalanan yang jauh.
Satu perkara yang merisaukan saya ialah bas tidak berhenti untuk penumpang solat subuh. Saya rasa ada juga orang lain yang risau perkara yang sama.
Kali pertama, pemandu bas berhenti di RnR dan menggunakan mikrofon bercakap
“Siapa-siapa nak pi tandas, nak solat subuh boleh turun…”
Huh lega saya mendengarnya. Alhamdulillah. Dalam hati saya memuji pemandu bas ini yang mengambil kira solat Subuh dalam agenda perjalanan. Saya bertekad untuk menggunakan perkhidmatan bas ini pada waktu lain.
Kali kedua, saya menggunakan bas dari syarikat yang sama. Saya menunggu-nunggu bila pemandu bas hendak berhenti untuk solat Subuh.
Bas berhenti atas permintaan seorang penumpang yang hendak ke tandas. Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu pemandu, saya hendak solat Subuh dan dia menyuruh saya melakukannya dengan cepat!
Kali ketiga, bas kerap berhenti sebelum waktu solat Subuh atas permintaan penumpang yang hendak ke tandas. Bila masuk waktu Subuh, pemandu bas marah-marah bila diminta berhenti lagi. Alasannya dah kerap berhenti.
Pada waktu lain, saya memilih syarikat bas lain, saya memerhatikan waktu Subuh sudah masuk 15 minit tetapi tiada tanda bas hendak berhenti.
Saya berjumpa dengan pemandu bas dan bertanya,
“Encik, ada tak nak berhenti?
Jawab pemandu, “Nak berhenti buat apa tu?”
“Saya nak solat subuh”
“Ok nanti saya singgah RnR”.
Bila berhenti ada 3 penumpang yang turut sama turun mengerjakan solat.
Dalam hati saya hairan, setakat yang saya jumpa pemandu bas terdiri daripada orang Melayu dan saya pasti dia orang Islam.
Tiada agendakah dalam perjalanan untuk solat Subuh bila masuk waktu solat?
Saya hendak mencadangkan semua syarikat bas memasukkan agenda solat Subuh sebagai agenda wajib bagi perjalanan yang memungkinkan tidak sempat solat Subuh di destinasi yang hendak dituju.
Ummuhasan Jantan
Bendahari Isma Kubang Pasu
The post ‘Bila bas ni nak berhenti solat Subuh?’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Bila bas ni nak berhenti solat Subuh?’
0 Komentar untuk "‘Bila bas ni nak berhenti solat Subuh?’"