KERMANSHAH, 26 Safar 1439H, Rabu – Iran hari ini menghentikan operasi menyelamat di kawasan terjejas teruk gempa bumi kuat, yang meragut 450 nyawa dan mencederakan ribuan yang lain.
Ketua Perkhidmatan Kecemasan Iran, Hossein Kolivand berkata, operasi menyelamat di barat wilayah Kermanshah itu perlu dihentikan.
Katanya, mereka menghadapi kesukaran menghantar pasukan penyelamat ke kampung yang terjejas.
“Laluan tersekat dan tanah runtuh,” katanya.
Kolivand berkata, hospital utama di bandar itu turut musnah teruk dan tidak mampu merawat ribuan mangsa yang cedera.
Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menjejaskan kampung dan bandar di kawasan pergunungan itu kelmarin yang turut bersempadan dengan Iraq.
Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Iran seperti Kordestan, Ilam, Khuzestan, Hamedan, barat dan timur Azerbaijan, Lorestan, Qazvin dan Zanjan namun gegaran paling kuat melanda wilayah Kermanshah.
Negara lain seperti Kuwait, Armenia, Jordan, Lebanon, Arab Saudi, Qatar dan Bahrain turut merasai gegaran itu. -Agensi
The post Gempa bumi: Iran henti operasi menyelamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Gempa bumi: Iran henti operasi menyelamat
0 Komentar untuk "Gempa bumi: Iran henti operasi menyelamat"