Gema Semua Maklumat

GPS lancar kempen ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’

GPS lancar kempen ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang membawa suara generasi baharu dalam menghadapi kekalutan politik ketika ini, akan melancarkan kempen ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’.

Pengarah GPS, Ustaz As-Siddiq Fauzan berkata, menerusi kempen itu, mereka akan mendapatkan respon sebanyak mungkin daripada masyarakat terhadap Ahli Parlimen yang ada sekarang.

Kemudian katanya, mereka akan mengeluarkan rating bagi memudahkan pengundi membuat keputusan.

“Kita akan beri maklumat tepat kepada rakyat mengenai prestasi, jati diri dan kewibawaan Ahli Parlimen sedia ada.

“Percayalah, kita tidak prejudis atau berat sebelah. Semua maklumat adalah berdasarkan undian rakyat dan pendirian Ahli Parlimen itu sendiri dalam isu-isu semasa dan hal ehwal Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata, proses pemberian markah bukan dibuat sesuka hati, yang pasti ia dilakukan tanpa mengira parti politik.

“Borang ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’ akan diisi rakyat, sama ada dikutip oleh sukarelawan GPS, atau orang awam boleh mengisi secara online,” katanya.

GPS adalah sebuah badan bebas ditubuhkan Biro Gerakan Massa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), akan memfokuskan kerusi Parlimen yang ditandingi calon muslim.

Penubuhan GPS adalah kesinambungan Arus Baru yang pernah dilancarkan pada PRU13 lalu.

The post GPS lancar kempen ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di GPS lancar kempen ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "GPS lancar kempen ‘Beri Markah Ahli Parlimen Anda’"

Back To Top