BANGI, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang tidak memberi ancaman kepada negara.
Mengulas pengharaman Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) oleh empat negara diketuai Arab Saudi, beliau berkata, pihak polis mengambil maklum mengenainya dan sentiasa mengikuti perkembangan itu.
“Setakat yang kita tahu, pembabitan Abdul Hadi dalam kesatuan itu tidak memberi sebarang ancaman,” katanya memetik laporan The Star, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang adalah Naib Presiden IUMS, yang diketuai ulama terkenal Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Kelmarin, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, menyenaraihitam IUMS dalam senarai yang dianggap pengganas di rantau Teluk, bersama Majlis Islam Antarabangsa ‘Massaa’ dan 11 lagi individu.
Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti ke dalam senarai pengganas.
Pada masa sama, The Star turut melaporkan PAS menolak laporan berita Arab yang mengaitkan Abdul Hadi dan kumpulan pengganas.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, perbuatan itu adalah satu taktik semata-mata supaya Abdul Hadi ‘dilihat seakan-akan pengganas’ apabila IUMS diisytihar menyokong keganasan.
Katanya, sesetengah tuduhan itu adalah tidak berasas sama sekali, hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi.
“Laporan itu tidak berasas dan dilihat sebagai satu konspirasi. Jika berita itu benar, sudah tentu Abdul Hadi ditangkap sejak lama dulu,” katanya.
Sementara itu, akhbar sama juga melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerajaan Malaysia tidak menyenaraikan IUMS sebagai pertubuhan pengganas.
“Adalah jelas bahawa ia adalah laporan yang berniat jahat untuk membusukkan nama kesatuan yang dipimpin Dr Yusof, seorang yang dicop sebagai pengganas hanya kerana beliau tinggal di Qatar,” katanya.
Arab Saudi, sekutu senaraikan Kesatuan Ulama Islam Sedunia sebagai pengganas
The post Hadi Awang tak beri ancaman: Bukit Aman appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hadi Awang tak beri ancaman: Bukit Aman
0 Komentar untuk "Hadi Awang tak beri ancaman: Bukit Aman"