ISU tudung dilarang bagi pekerja hotel wanita adalah salah satu bukti bahawa kuasa politik orang Melayu/Islam lemah ketika ini dan terpaksa tunduk pada “penawaran dan permintaan” pelbagai pihak walaupun golongan minoriti yang Perlembagaan tidak menyebelahi mereka dalam isu ini.
Dari bilik Parlimen, mahkamah dan pejabat Perdana Menteri, kuasa telah diagihkan kepada persatuan-persatuan peniaga dan gerakan sivil.
Pertembungan dibiarkan banyak penjuru, tiada mana-mana pihak memiliki “advantage”, walaupun disebelahi oleh Perlembagaan.
Pluralisme politik.
Apabila begitu keadaannya, masihkah berbaloi untuk umat Islam berperang dan khianat mengkhianati, dalam konteks politik kepartian?
Dan alangkah besarnya pengkhianatan parti serpihan dan NGO “back up”nya (harap terasa) yang bertungkus-lumus berusaha memenangi hati orang bukan Islam yang jelas-jelas tidak mahu Islam berdaulat di tanah pusaka ini.
Apabila ditanya, maka mereka jawab “politik suku, dakwah suku”. Itulah sekularisme.
Orang kafir jangan dihina dalam isu dobi, tapi wanita Islam silakan dihina terang-terangan dalam isu tudung ketika bekerja.
Hakikatnya mereka memandang hina ARAHAN ALLAH agar muslimah bertudung.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
The post Hakikatnya mereka memandang hina ARAHAN ALLAH agar muslimah bertudung appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hakikatnya mereka memandang hina ARAHAN ALLAH agar muslimah bertudung
0 Komentar untuk "Hakikatnya mereka memandang hina ARAHAN ALLAH agar muslimah bertudung"