Gema Semua Maklumat

Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor

Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor

BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan sehingga lewat petang ini di tiga negeri Utara Semenanjung dan Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengeluarkan amaran cuaca buruk berkenaan ke atas Pulau Pinang dan beberapa daerah di Kedah serta Perak.

Di Kedah, enam daerah dijangka mengalami hujan lebat iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara di Perak, empat kawasan akan terjejas akibat cuaca buruk membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak.

Tidak terkecuali beberapa daerah di Johor antaranya, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

The post Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hujan lebat berterusan di Utara Semenanjung dan Johor"

Back To Top