Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis
BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Hujan lebat dijangka berterusan sehingga Khamis (30 November) ini, di beberapa negeri di bahagian Pantai Timur dan Utara tanah air.
Amaran cuaca buruk itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka melanda beberapa daerah di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Maran.
Tidak terkecuali jajahan Lojing, Kelantan. Sementara di bahagian utara, keadaan sama turut melanda Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
The post Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis
Tag :
Malaysia
0 Komentar untuk "Hujan lebat di Pantai Timur, Utara sehingga Khamis"