BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Imigresen Malaysia menawarkan penggantian pasport yang rosak atau hilang akibat banjir di Pulau Pinang secara percuma, bermula esok sehingga 31 Disember ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tawaran itu hanya diberikan kepada pemilik pasport yang masih belum tamat tempoh sahaja.
Jelas beliau, mangsa hanya perlu membuat laporan polis selain membawa pasport rosak berkenaan ke pejabat Imigresen di Georgetown atau Seberang Jaya.
“Kita prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pulau Pinang jadi JIM menawarkan gantian pasport mangsa banjir secara percuma bermula esok hingga 31 Disember ini.
“Mangsa perlu membawa bersama pasport yang rosak serta membuat laporan polis sebagai bukti,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.
The post Imigresen tawar gantian percuma pasport mangsa banjir Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Imigresen tawar gantian percuma pasport mangsa banjir Pulau Pinang
0 Komentar untuk "Imigresen tawar gantian percuma pasport mangsa banjir Pulau Pinang"