Gema Semua Maklumat

Isma SPU, I-Medik dan Yayasan Ikhlas cuci rumah mangsa banjir Pulau Pinang

Isma SPU, I-Medik dan Yayasan Ikhlas cuci rumah mangsa banjir Pulau Pinang

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Rata-rata penduduk Pulau Pinang sudah mula mengemas dan mencuci rumah akibat lumpur, selepas kediaman mereka dinaiki air.

Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Seberang Perai Utara (Isma SPU) bersama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Yayasan Ikhlas mengambil peluang membantu mangsa banjir.

Pasukan sukarelawan telah memulakan misi mencuci rumah hari ini, di Lahar Yooi, daerah Butterworth.

Naib Yang Dipertua Isma SPU, Dr Zaki Ibrahim berkata, cuaca yang baik sejak pagi memudahkan sukarelawan untuk menyumbang tenaga dalam misi pascabanjir.

Katanya, kerja-kerja pembersihan dimulakan secepat mungkin di dalam dan luar rumah dan termasuk semua peralatan yang terjejas dengan banjir.

“Kita cuci rumah dan perabot mangsa banjir. Kita turut berikan sumbangan wang kepada setiap pemilik rumah yang ditimpa musibah,” katanya ringkas kepada Ismaweb.

Beliau berkata, selain cuci rumah, turut bersama adalah pasukan pegawai perubatan yang memeriksa penduduk setempat.

“Selain itu, kami mengalu-alukan juga kepada mana-mana sukarelawan yang ingin membantu untuk turun padang ke lokasi terjejas, kerana apa yang mangsa perlukan sekarang adalah bantuan daripada kita semua,” katanya.

 

The post Isma SPU, I-Medik dan Yayasan Ikhlas cuci rumah mangsa banjir Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma SPU, I-Medik dan Yayasan Ikhlas cuci rumah mangsa banjir Pulau Pinang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isma SPU, I-Medik dan Yayasan Ikhlas cuci rumah mangsa banjir Pulau Pinang"

Back To Top